Wednesday 6 February 2013

Aku semak

(Matchbox twenty-She's so mean sengaja aku putarkan berulang kali)

Agak kepenatan hari ni setelah seharian teman kawan aku mencari barang2kereta dia .
Lama juga aku tak jejak kaki ke kedai potong mahupun aksesori kereta ni,tapi bukan pasal ni aku nak cerita.Kawan aku ni ada sorang yang aku boleh kata girlfriend dia la kot.

Aku pernah bertemu dengan awek dia nih,difrent la dari awek kawan-kawan aku yang lain.Sebabnya awek dia ni pernah berumahtangga dah,dan ada sepasang anak.
Kalau ikut aku tak kisah dan tak pernah campur pun hal dorang,tapi member aku selalu cerita kat aku yg hubungan dorang ni macam sukar sikit.Yelah anak sulong lelaki sorang jer dalam famili,yang bawah perempuan.Jadi mungkin itu penyebab famili dia susah nak terima pilihan hati dia.Apa pun member aku ni tetap cool,tak pernah mengalah.Dia masih jaga hati keluarga dan dia jaga hati awek dia,awek ye tak?

(haha ketawa sendirian)

Ada satu part yang di cerita kat aku,buatkan aku tak tau nak respon macam mana.Nak cakap cara dia salah,ada betulnya,nak cakap betul,timbul pulak rasa curiga pada awek dia.Awek dia ni kerja sendiri jalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan.Tumpang berniaga di gerai ayah dia,yang aku tau awek dia ni duk belah utara duduk sendiri tapi tak jauh dari rumah mak ayahnya.Satu kawasan taman jer berlainan.Member aku cerita kat aku.

"Bro,aku nak cari kerja part time la.Keje sekarang ni aku rasa gaji aku tak cukup sebab aku nak bayar sewa rumah awek aku,duit kereta,keperluan barang sekolah anak dia."

(aku diam tapi agak terkejut dengan penjelasan dia)

"Dia tak mintak tu semua kat aku dia cuma cerita tapi aku jadi kesian jugak.Tu aku dengan rela hati offer diri untuk tolong awek aku tu.Aku tak harap apa cuma 1hari nanti kalau betul la tu jodoh aku.Aku memang nak dia jadi surirumah aku."

(aku senyum,sambil puji dia dlm hati aku)

Tapi aku terpikir,sebelum dia kenal dengan member aku macam mana dia buat semua tu,bukan aku nak cakap awek dia ni kikis dia.Tapi yelah aku tengok member aku yang dulu saix xl sekarang dah jadi m baru lah aku tau puncanya.Aku tak cakap apa2 cuma terus dengar je citer dia.Kalau kawan aku yang lain ni kompom dah tabur racun suruh tinggal jer cari lain,yelah dah macam susah je.Famili pun tak restu dia pulak duit habis kesitu.Tapi dalam masa yang sama aku pikir dia dengan rela hati offer diri nak bantu sebab dah sayang so perempuan tu tak salah apa kot.

(Diam) (tarik nafas dalam2)


"Aku tak tau la bro,rumit gak masalah ko ni,masalah ni memang cari ko ke atau ko sengaja cari masalah?"

(Aku mula bicara dengan berseloroh dan buat lawak bodoh)
(tapi dalam hati memang sengaja aku tujukan soalan tu)
(Aku teruskan)

"Kau memang sayang awek ko ni atau kau kesian kat dia? Aku bukan nak bangkang apa ko buat tu.Tapi aku nak sokong pun aku tengok ko jadi kesian lak.Korang duk berjauhan sesekali jer korang jumpa.Aku tak kisah la itu ko punya hal tapi famili ko camner ko nak buat?takkan nak kahwin lari??andai kata satu hari nanti awek ko tu ajak kahwin.?Aku tak dapat bagi cadangan atau idea pasal aku pun jadi serba salah.Cuma aku rasa yang boleh tolong ko Yang Maha Esa je..Ko cubalah buat solat istiqarah,solat hajat ke itu jer yang aku boleh cakap lebih2nanti aku ni bukan pandai sangat bab agama.Dia jer yang tau apa yang terbaik untuk ko Dia juga yang ada jalan penyelesaian"

(member aku diam muka berkerut mungkin bengang kot)
(dia termenung mungkin pikir jawapan soalan aku tadi)
(aku diam dan slurrpp aku sedut minuman)

AArhh mengeluh aku betul ke apa aku cakap atau aku dah buat dia bengang dengan aku tapi aku memang dah tak ada perkataan yang boleh diungkap itu jerla jawapnya paiseh..

(rasa bersalah)

Mungkin juga awek dia tu bermakna dalam hidup dia,dan ada kisah yang dia tak cerita yang buatkan keluarga kawan kawan dia lain tak tau kenapa dia sayang sangat kat awek dia tu walaupun dah macam2 hal yang timbul.mungkin juga Allah nak menguji sejauh mana rasa kasih dan sayang mereka sebelum Allah mempermudahkan jodoh mereka berdua.Berlegar legar dalam kepala otak aku pasal ni.

(Pasang rokok)
(Ffuhhh asap rokok memenuhi kamar ini sama macam pasal ni memenuhi ruang otak aku)

Tuesday 5 February 2013

Sesuatu Yang Baru




(...Rokok dinyalakan..fuuhh)


Berkepul asap rokok dihembus memenuhi ruang kamar yang sunyi..
Berkerut dahi memikir ayat pembuka,isi,serta penutup yang hendak 
aku taipkan dalam post pertama ni.


(fuuhh~asap rokok dihembuskan lagi)


Kalau ditanya "kenapa aku buat blog ni?" Jawapanya 
"aku sekadar ingin mencuba dan berkongsi cerita atau apa saja
 yang terlitas di fikiran aku." Mungkin la aku tak ada jawapan yang pasti.

Entri pertama ni tak banyak rasanya mampu aku susun huruf2 ni untuk
dijadikan ayat.Aku bukan lah seorang penulis atau sasterawan.Tapi
mungkin faktor aku yang kadangkala suka menyendiri buatkan aku 
rasa nak mencuba sesuatu yang baru macam blog ni.Mana tahu
boleh dapat pelbagai cerita atau isu yang membina minda..


(Pfsstft..puntung rokok dipadamkan)


(hhmm menghela panjang)


Kehabisan ayat rasanya,mungkin setakat ni dulu untuk entri aku yang pertama.
Tak banyak yang mampu aku taip.Masih baru agaknya.

(senyum sendirian)